Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan kesihatan Perak siasat gumpal rambut ditemui dalam kuih tepung pelita

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan kesihatan Perak siasat gumpal rambut ditemui dalam kuih tepung pelita

(Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 13 Apr 2022 03:56PM Dikemas Kini : 13 Apr 2022 03:56PM

IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menyiasat kes penemuan gumpalan rambut di dalam kuih tepung pelita yang didakwa dibeli di sebuah bazar Ramadan di Ipoh seperti yang tular dalam media sosial pada Selasa (12 Apr).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata kes sedang disiasat bagi mengenal pasti pelaku agar ia tidak berulang dan memudaratkan kesihatan orang ramai.

“Apa sahaja kes yang berkaitan, kita minta laporkan kepada Bahagian Keselamatan Makanan JKN untuk memudahkan kita mengumpul maklumat dan melengkapkan siasatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas gambar viral dengan kapsyen antara lain menyebut ‘Sehelai rambut boleh dimaafkan, tetapi ini segumpal rambut. Peniaga yang menyediakan juadah perlu memastikan kebersihan’ sambil dilampirkan gambar kuih tepung pelita dan gumpalan rambut tersebut. 

Pada Rabu lepas, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai selepas makan puding buih dibeli ibunya di bazar Ramadan di Kuala Terengganu.

Berikutan kejadian itu, kanak-kanak tersebut dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kedua-duanya yang masih menerima rawatan, dilaporkan stabil.

Sumber : Bernama/SU/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa