Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Kesihatan Malaysia rampas produk dakwa mampu rawat COVID-19

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas 101 kotak produk yang didakwa berupaya merawat jangkitan COVID-19 secara kendiri bernilai RM2,500 (S$809) dalam satu serbuan di sebuah premis di Petaling Jaya, Khamis lepas (1 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Kesihatan Malaysia rampas produk dakwa mampu rawat COVID-19

Produk yang dirampas Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. (Gambar: JKNS/Facebook)

Diterbitkan : 06 Jul 2021 11:32PM Dikemas Kini : 06 Jul 2021 11:39PM

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas 101 kotak produk yang didakwa berupaya merawat jangkitan COVID-19 secara kendiri bernilai RM2,500 (S$809) dalam satu serbuan di sebuah premis di Petaling Jaya, Khamis lepas (1 Jul).

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman berkata produk berjenama ‘Lianhua Qingwen Jiaonang’ disyaki tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan merupakan rampas kali kedua ke atas produk itu selepas Oktober tahun lalu.

”Produk yang tidak berdaftar ini telah didakwa berupaya merawat jangkitan COVID-19 secara kendiri dan dikhuatiri akan mendatangkan kesan-kesan sampingan yang buruk terhadap kesihatan sekiranya digunakan berterusan tanpa pemeriksaan rawatan perubatan dari pengamal perubatan berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (6 Jul).

Dr Sha'ari berkata siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan, pemilik premis tersebut boleh dikenakan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM25,000 (S$8,090) atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, JKNS menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sewaktu membeli apa-apa produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian serta memastikan produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan