Jabatan Kesihatan Kelantan nafi dakwaan beruk di Gua Musang, positif COVID-19
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menafikan dakwaan seekor beruk di Gua Musang, positif COVID-19.
Tular satu catatan Facebook yang memaparkan gambar seekor beruk memakai gelang merah jambu yang didakwa positif COVID-19. (Gambar: BERNAMA)
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menafikan dakwaan seekor beruk di Gua Musang, positif COVID-19.
Pengarah JKNK Dr Zaini Hussin berkata pihaknya tidak melakukan ujian saringan COVID-19 ke atas haiwan.
“Tidak munasabah, kita tidak buat ujian calitan kepada beruk,” katanya ringkas ketika dihubungi, pada Rabu (4 Ogos).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu hantaran tular dalam Facebook yang memaparkan gambar seekor beruk memakai gelang merah jambu didakwa positif COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.