Skip to main content

Dunia

Jabatan Keadilan Amerika saman Apple; dituduh monopoli pasaran telefon bijak

Apple dituduh menggunakan permintaan tinggi terhadap iPhone serta produk lain keluaran syarikat gergasi teknologi itu, untuk menaikkan harga perkhidmatannya, sekali gus menjejaskan syarikat pesaing yang lebih kecil.

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Keadilan Amerika saman Apple; dituduh monopoli pasaran telefon bijak

Gambar fail logo Apple di Amerika Syarikat pada 14 Sep 2021. (Gambar: Nicholas Kamm/AFP)

WASHINGTON: Jabatan Keadilan dan 15 negeri di Amerika Syarikat (AS) menyaman Apple, pada Khamis (21 Mac).

Apple dituduh menggunakan permintaan tinggi terhadap iPhone serta produk lain keluaran syarikat gergasi teknologi itu, untuk menaikkan harga perkhidmatannya, sekali gus menjejaskan syarikat pesaing yang lebih kecil.

Syarikat itu menyertai senarai pesaing korporat yang turut disaman pengawal selia AS sebelum ini, termasuk Google, Meta Platforms dan Amazon, ketika pentadbiran Presiden Joe Biden serta mantan Presiden, Donald Trump.

"Pengguna tidak sepatutnya terpaksa membayar harga lebih tinggi disebabkan tindakan syarikat-syarikat melanggar undang-undang persaingan," kata Peguam Negara, Merrick Garland, dalam satu kenyataan.

"Sekiranya tidak dicabar, Apple hanya akan terus memperkukuhkan monopoli telefon bijaknya." 

Jabatan Kehakiman berkata Apple mengenakan bayaran sebanyak AS$1,599 (S$2,148) untuk iPhone dan memperoleh keuntungan lebih besar daripada mana-mana yang lain dalam industri. 

Tambahnya, Apple juga mengenakan bayaran kepada pelbagai rakan niaga - daripada pencipta sofwe hingga kepada syarikat kad kredit dan juga pesaingnya seperti Google - di belakang tabir dengan cara yang akhirnya menaikkan harga untuk pengguna dan meningkatkan keuntungan Apple.

Bagaimanapun, Apple dalam satu kenyataan menolak dakwaan terbabit.

"Saman ini mengancam siapa kami dan prinsip yang membezakan produk Apple dalam pasaran sangat kompetitif.

"Sekiranya berjaya, ia akan menghalang keupayaan kami untuk mencipta teknologi yang dijangkakan orang ramai daripada Apple - di  mana perkakasan, perisian dan perkhidmatan adalah saling bersilang," menurut kenyataan itu. 

Apple juga diletakkan di bawah siasatan dan perintah antimonopoli di Eropah, Jepun dan Korea, serta tindakan undang-undang daripada pesaing korporat seperti Epic Games.

Sumber : Agensi berita/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita