Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Imigresen M'sia sudah bersedia buka semula sempadan

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Imigresen M'sia sudah bersedia buka semula sempadan

CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru. (Gambar: BERNAMA)

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah bersedia untuk pembukaan semula sempadan negara itu, terutama dalam menerima kemasukan pelancong asing, kata Ketua Pengarahnya Khairul Dzaimee Daud.

Beliau berkata antara pintu masuk antarabangsa utama untuk tujuan itu adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Bangunan Sultan Iskandar di Johor.

“Pada Sabtu (5 Mac), semua sistem laluan automatik sudah diaktifkan semula dan pegawai di pintu masuk antarabangsa yang sebelum ini dihantar ke depot-depot sementara yang dibuka sepanjang tempoh pandemik, dipanggil semula,” katanya kepada wartawan semasa operasi besar-besaran bersama JIM Johor pada Sabtu malam (5 Mac).

Beliau berkata pihaknya menjangkakan peningkatan pelancong asing memasuki negara dan akan mengetatkan kawalan kemasukan menggunakan pas lawatan sosial bagi memastikan tidak berlaku salah guna serta masalah tinggal lebih tempoh.

“Mereka (pelancong) harus mengemukakan bukti bahawa mereka mempunyai tempat tinggal di Malaysia, wang sara diri yang mencukupi, dan hanya untuk melancong dengan mempunyai jadual perjalanan,” katanya lagi.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan