Skip to main content

Dunia

Jabatan Imigresen M'sia mulakan siasatan berhubung insiden di KLIA libatkan orang kenamaan

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Imigresen M'sia mulakan siasatan berhubung insiden di KLIA libatkan orang kenamaan

Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh. (Gambar fail: Bernama)

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) mengambil tindakan serta merta dengan memulakan siasatan mengenai satu maklumat yang tular di media sosial, melibatkan orang kenamaan yang dikatakan menceroboh balai ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi ‘membebaskan’ pelawat dari China yang ditahan.

Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh dalam kenyataan pada Jumaat (30 Jun) berkata siasatan akan dijalankan secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang berkaitan.
"JIM memohon supaya orang ramai memberikan ruang agar siasatan dapat dijalankan dengan telus, dan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

Satu portal berita pada Khamis (29 Jun) melaporkan kekecohan di KLIA melibatkan orang kenamaan dikatakan cuba 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di KLIA.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila orang kenamaan berkenaan dikatakan masuk ke ruang balai ketibaan itu tanpa memohon pas keselamatan.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita