Jabatan Imigresen M'sia dijangka kendali lorong khas bagi pelawat dari China
Anggaran Waktu Membaca:
Para penumpang kelihatan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. (Gambar: AFP)
PUTRAJAYA: Lorong khas yang dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia akan digunakan untuk memantau pelancong China yang memasuki Malaysia sebagai sebahagian usaha mengurangkan penularan COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), Dr Norhayati Rusli berkata, individu yang disyaki dijangkiti COVID-19 akan dirujuk kepada pegawai Kementerian Kesihatan yang ditempatkan di lokasi.
“Pengimbas terma juga akan disediakan di pintu masuk antarabangsa kami, dengan pelawat bergejala dirujuk kepada pegawai kami untuk pemeriksaan lanjut."
“Setiba di sana, mereka akan dipantau untuk melihat sama ada mereka benar-benar dijangkiti COVID-19 dengan ujian pantad antigen (RTK),” katanya pada dalam sidang media di Kementerian Kesihatan, pada Selasa (10 Jan), lapor agensi berita ismaweb.
Dr Norhayati berkata, pelawat yang diuji positif COVID-19 dalam kategori satu dan dua akan diberi pilihan untuk mengasingkan diri di rumah atau kediaman mereka.
“Mereka yang berada dalam kategori tiga, empat dan lima pula akan dirujuk untuk rawatan lanjut sama ada di hospital awam atau swasta,” katanya.
Beliau berkata, pramugari dan kakitangan darat juga akan membantu pegawai Kementerian Kesihatan dalam memantau sama ada pelancong yang datang menunjukkan simptom COVID-19.
Katanya, terdapat 4,096 pelancong tiba dari China sejak sempadan mereka dibuka semula pada 8 Januari, dengan tiada kes positif direkodkan setakat ini.
“Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti,” katanya, lapor agensi berita ismaweb.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.