Jabatan Imigresen M'sia serbu Pasar Borong Kuala Lumpur
Jabatan Imigresen pada Isnin (11 Mei) membuat serbuan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Pasar Borong Selayang.
Trak milik PDRM serta Jabatan Imigresen, dipercayai membawa pendatang tanpa izin, dilihat keluar dari kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur pada 11 Mei 2020. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen pada Isnin (11 Mei) membuat serbuan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Pasar Borong Selayang.
Serbuan dilakukan bermula 9.00 pagi dengan turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Bagaimanapun, pengamal media yang berada di lokasi kejadian sejak pagi tidak dibenarkan merakam sebarang gambar mahupun video di kawasan berkenaan.
Tinjauan Bernama sekitar pukul 11.30 pagi mendapati beberapa trak milik PDRM serta Jabatan Imigresen, dipercayai membawa pendatang tanpa izin, dilihat keluar dari kawasan itu dan difahamkan membawa semua tahanan itu ke depoh tahanan sementara.
Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim pula memaklumkan pihak polis berada di lokasi itu bagi membantu Jabatan Imigresen melaksanakan operasi berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.