Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Imigresen Johor sediakan khemah, baiki sistem urus kesesakan

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Imigresen Johor sediakan khemah, baiki sistem urus kesesakan

Gambar: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menyediakan khemah bagi memudahkan pelanggan menunggu untuk berurusan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika di Johor Bahru.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berkata sistem nombor turut diperbaiki bagi mengenal pasti kapasiti dan kategori permohonan, sekali gus mempercepatkan urusan pelanggan.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada JIM Johor yang prihatin dengan rungutan para pelanggan yang berurusan.

“Sejak awal pagi tadi, khemah menunggu yang lengkap dengan kerusi sudah disediakan di Pejabat JIM Johor, Setia Tropika dengan sedikit bantuan peruntukan kerajaan negeri. (Dianggarkan) purata 600 hingga 700 permohonan berkaitan pasport diuruskan pejabat itu setiap hari,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini (24 Mei).

Onn Hafiz berkata kemudahan sama juga akan disediakan di Pejabat Pengeluar Pasport (PPP) di semua daerah, namun bergantung kepada keperluan dan kesesuaian tempat.

“Insya-Allah kita akan terus berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan pejabat-pejabat kerajaan demi keselesaan rakyat yang berkunjung,” kata beliau.

Sebelum ini, beberapa rakaman video tular menerusi media sosial yang memaparkan orang ramai beratur panjang di luar pintu masuk kompleks itu.

Onn Hafiz turut turun padang bagi meninjau situasi di kompleks berkenaan pagi semalam selain mengadakan pertemuan dengan Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir bagi mencari jalan penyelesaian.

Baharuddin dilaporkan sebagai berkata bahawa kesesakan orang ramai menunggu di luar kompleks itu baru-baru ini adalah kerana ramai berhasrat untuk memperbaharui pasport antarabangsa menyusuli pembukaan sempadan negara sejak 1 April lalu.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan