Skip to main content

Dunia

Jabatan Hidupan Liar siasat gambar budak 'tunggang' penyu

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew mengarahkan Jabatan Hidupan Liar Sabah supaya menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat berhubung gambar seorang kanak-kanak duduk di atas penyu yang kini tular di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Hidupan Liar siasat gambar budak 'tunggang' penyu

Gambar tular di media sosial menunjukkan penyu 'ditunggang'

Diterbitkan : 07 Jan 2019 11:11PM Dikemas Kini : 07 Jan 2019 11:13PM

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Christina Liew mengarahkan Jabatan Hidupan Liar Sabah supaya menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat berhubung gambar seorang kanak-kanak duduk di atas penyu yang kini tular di media sosial.

Cik Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar Sabah semasa mengulas perkara itu berkata perbuatan berkenaan tidak boleh diterima kerana mereka kelihatan seolah-olah tidak menghargai hidupan liar, memandangkan penyu merupakan spesies yang dilindungi di Sabah.

"Saya tidak boleh mengulas lanjut sehingga siasatan selesai. Apa yang boleh saya katakan ialah ia merupakan pelanggaran terhadap pengiktirafan pelancongan kita.

"Kita mengalu-alukan pelancong datang ke Sabah dan melawat Sabah kerana terdapat banyak tempat menarik dan indah untuk pelancongan, dan pada masa yang sama, kita juga mengharapkan pelancong menghormati undang-undang kita untuk melindungi hidupan liar ... menangkap penyu dan memasukkannya ke dalam bot dan duduk di atasnya, tidak boleh diterima.

“Kita akan menyiasat kerana pengendali bot dan syarikat pelancongan semestinya tahu jika mereka ada kaitan dalam hal ini,” katanya.

PENYU ADA SARAF DI TEMPURUNG

"Penyu laut ada saraf di tempurung dan dapat merasa benda-benda di tempurung sama seperti bagaimana kita dapat rasa sentuhan di kulit; tekanan, sentuhan, haba dan sebagainya," kata pakar ekologi penyu Rushan Rahman.

"Ini bererti penyu dapat rasa sakit jika dipukul, ditebuk atau dikelar."

Encik Rushan juga menasihati orang ramai yang menemui haiwan laut supaya mengelak daripada menyentuhnya.

Sumber : Bernama/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita