Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Hidupan Liar Sabah anjur lelongan buaya minggu depan

Jabatan Hidupan Liar Sabah, Malaysia, akan mengadakan satu lelongan awam bagi dua ekor buaya pada 6 Ogos ini

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Hidupan Liar Sabah anjur lelongan buaya minggu depan

Gambar hiasan buaya. (Gambar: AFP/Ezequiel BECERRA)

Diterbitkan : 04 Aug 2018 08:01AM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 08:04AM

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah, Malaysia, akan mengadakan satu lelongan awam bagi dua ekor buaya pada 6 Ogos ini, dalam satu laporan Bernama.

Pegawai Perhubungan Awamnya Siti Nur'ain Ampuan Acheh berkata kedua-dua reptilia terbabit ditangkap di lokasi berbeza susuli aduan awam dalam tempoh tiga hari pada bulan lalu.

Buaya pertama sepanjang lapan kaki 11 inci adalah buaya betina yang ditangkap pada 26 Julai lalu, di Kampung Sungai Anak, Kinarut, manakala yang kedua adalah buaya jantan sepanjang 10 kaki ditangkap di sebatang sungai berhampiran Kelly Bay Resort, Tuaran pada 29 Julai lalu, kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini (4 Ogos).

Menurut laporan Bernama itu, kedua-dua reptilia berkenaan kemudian dibawa ke sebuah pusat pemulihan di Potuki untuk pemeriksaan sebelum dilelong.

Proses lelongan akan bermula pada 11.30 pagi dan harga lelongan untuk buaya jantan bermula pada RM1,000 (S$334), manakala harga lelongan buaya betina bermula pada RM650 (S$217), lapor Bernama.

Sumber : Bernama/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan