Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Ehwal Islam Kelantan nasihat tangguh majlis perkahwinan kerana COVID-19

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan supaya menangguhkan majlis akad nikah sehingga arahan itu tamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Ehwal Islam Kelantan nasihat tangguh majlis perkahwinan kerana COVID-19

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 17 Mar 2020 05:29PM Dikemas Kini : 17 Mar 2020 05:37PM

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan supaya menangguhkan majlis akad nikah sehingga arahan itu tamat.

Namun Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islamnya, Mohd Suhaimi Mohamad, ditukil oleh BH Online sebagai berkata mereka yang sudah mendapatkan kebenaran pegawai agama dan tetap mahu majlis akad nikah diteruskan boleh melakukannya.

“Di sini, kami hanya menasihat dan menyarankan sekiranya mereka yang bakal berkahwin bermula esok hingga 31 Mac supaya jika boleh menangguhkan terlebih dahulu.

“Dalam saat ini, semua pihak perlu sedikit bersabar kerana kita terikat dengan peraturan. Bukan sahaja bakal pasangan pengantin, malah peniaga yang terpaksa menutup premis juga perlu bersabar demi kebaikan semua.

“Bagaimanapun, mereka yang sudah mendapat kebenaran, tidak menjadi masalah untuk melangsungkan majlis akad nikah, namun jangan terlalu ramai yang hadir untuk proses berkenaan bagi mengelak timbul masalah,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Terdahulu, satu surat pekeliling daripada JAHEAIK yang meminta mana-mana pasangan ingin berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, diminta hadir ke pejabat agama terdekat untuk permohonan kebenaran berkahwin.

Berdasarkan surat berkenaan, permohonan kebenaran berkahwin itu hanya diluluskan bagi pasangan yang sudah memenuhi syarat keperluan termasuk menghadiri kursus pra perkahwinan, saringan HIV dan disahkan anak mukim oleh imam mukim masing-masing.

Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin malam Isnin (16 Mac) mengumumkan kerajaan memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai tengah malam Selasa sehingga 31 ini, di seluruh negara.

Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Katanya, perintah kawalan pergerakan ini membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan