Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Alam Sekitar Selangor keluarkan perintah penahanan terhadap kilang disyaki cemar bekalan air

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan Perintah Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas sebuah premis yang disyaki menyebabkan insiden pencemaran bau diesel di sepanjang Sungai Semenyih, lantas mengganggu bekalan air di Selangor.

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Alam Sekitar Selangor keluarkan perintah penahanan terhadap kilang disyaki cemar bekalan air

Air Selangor mengerahkan tangki air untuk membantu para penduduk yang terjejas oleh ganguan pada bekalan air. (Gambar: Air Selangor/Facebook)

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan Perintah Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas sebuah premis yang disyaki menyebabkan insiden pencemaran bau diesel di sepanjang Sungai Semenyih, lantas mengganggu bekalan air di Selangor.

Ketua Pengarah Alam Sekitar Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam kenyataan hari ini (5 Mei) berkata perintah itu dikeluarkan selepas siasatan dijalankan ke atas premis di sepanjang Sungai Semenyih terutama di Kawasan Perindustrian Beranang, Selangor.

Beliau berkata sampel campuran minyak serta air daripada premis itu turut diambil untuk siasatan lanjut.

“Tindakan di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dilakukan setelah memperolehi keputusan analisis kimia.

“Jika didapati bersalah, pihak premis boleh didenda sehingga RM100,000 (S$31,600) atau penjara maksimum selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan sehingga RM1,000 (S$330) sehari bagi setiap hari kesalahan,” katanya.

Encik Wan Abdul Latiff berkata jabatan itu akan meneruskan siasatan dan pemeriksaan ke atas semua premis yang berpotensi melakukan pencemaran tersebut. Beliau menambah tindakan tegas akan diambil terhadap premis yang menyebabkan pencemaran.

Pada 1 Mei lalu, JAS menerima aduan pencemaran bau diesel di sepanjang Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihentikan tugas semalam.
 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan