Jabatan Agama Johor tingkatkan SOP di tanah perkuburan selepas batu nisan dicuri
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengambil tindakan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, di Johor Bahru susulan kes kecurian batu nisan di kawasan tersebut baru-baru ini.
Pengarahnya Jamaludin A. Hamid berkata antaranya SOP yang akan dilaksanakan adalah menetapkan waktu masuk ziarah bagi pelawat bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang.
Selain itu, hanya satu laluan utama dibuka seperti disarankan pihak polis, berbanding tiga pintu untuk memasuki ke kawasan itu sebelum ini.
“Pengurusan masjid dan kubur juga akan mengambil inisiatif mengupah atau menambah kakitangan sukarelawan bagi meningkatkan aktiviti rondaan di kawasan tanah perkuburan terutama pada waktu malam."
“JAINJ juga akan memberi dana kepada pihak pengurusan tanah perkuburan itu untuk menaik taraf kawasan tersebut termasuk penyelenggaraan dari segi keceriaan, kebersihan dan pencahayaan lampu serta di bangunan stor kerana terdapat juga cubaan untuk pecahkan tabung,” katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Taman Istimewa di Johor Bahru pada Selasa (2 Mei).
Ketika ditanya mengenai punca kecurian batu nisan tersebut, Encik Jamaludin tidak menolak kemungkinan 11 batu nisan yang dicuri itu bertujuan untuk dijual semula berikutan harga yang tinggi di pasaran.
Menurutnya, selain nisan batu sungai, batu nisan jenis Terazo dan Marble turut dilaporkan hilang.
“Kita faham selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ada yang ambil kesempatan dan jalan mudah. Nisan batu sungai yang dicuri itu berharga lebih kurang RM450 (S$135) satu, jadi agak lumayan,” katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehilangan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa yang dikesan ketika waris datang melawat.
Sebanyak 11 kubur ‘hilang’ batu nisan dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.