Jabatan Agama Islam Johor tidak terima sebarang aduan salah laku berhubung kegiatan GISBH
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mohd RASFAN / AFP
JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak menerima sebarang aduan salah laku berhubung operasi Global Ikhwan Services and Business (GISBH) di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun berkata, pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan terhadap pertubuhan itu termasuk operasi perniagaan dan juga ajaran agama yang diamalkan pengikutnya.
"Alhamdulillah di Johor ketika ini GISBH sentiasa dipantau dengan baik, sangat terkawal. Setakat ini saya boleh katakan kita tidak menerima sebarang laporan atau aduan berhubung kegiatan mereka.
"Kita tahu mereka berniaga dan bermuamalat perihal itu, ia tidak menjadi masalah, yang kita bimbangkan adalah perihal ajaran agama sekiranya ia bertentangan.
"Sehingga kini kita tidak terima aduan, jika tiada kesalahan ia boleh diteruskan," katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) kali ke-10 di Pusat Islam Iskandar, pada Ahad (15 Sep), lapor BH Online.
Encik Mohd Fared berkata, sekiranya ada laporan lama yang diterima pihak berkuasa, ia hanya membabitkan pertubuhan lama sebelum ditukar kepada GISBH.
Katanya lagi, sehingga 2011 di Johor, hanya ada empat aduan saja membabitkan pertubuhan lama itu, menurut BH Online.
"Semua itu aduan membabitkan pertubuhan lama sebelum nama ditukar. Keempat-empat aduan itu membabitkan ajaran terdahulu.
"Sejak pertubuhan baharu ini tiada aduan atau laporan diterima, tetapi jika ada ura-ura berkenaan perihal ajaran lain, JAINJ sentiasa bersedia membuat tindakan susulan," katanya, lapor BH Online.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.