Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ix Shen kembali ke Ukraine; sertai kumpulan sukarelawan beri bantuan kemanusiaan

Anggaran Waktu Membaca:
Ix Shen kembali ke Ukraine; sertai kumpulan sukarelawan beri bantuan kemanusiaan

Petikan dari video Instagram Ix Shen.

Diterbitkan : 10 Apr 2022 06:33PM Dikemas Kini : 10 Apr 2022 06:47PM

SINGAPURA: Ix Shen sudah kembali ke Ukraine untuk membantu dalam usaha kemanusiaan selepas beliau dan isterinya, seorang warga Ukraine melarikan diri daripada negara itu ke Poland bulan lalu.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke akaun Instagram pada Jumaat (8 Apr), bekas pelakon itu berkata dia berada di "tempat yang selamat" dan tidak akan mendedahkan tempat sebenar di Ukraine atas "sebab keselamatan".

Encik Shen yang sudah menyampaikan perkembangan terkini secara kerap kepada Mediacorp mengenai situasi di Ukraine kini menyertai kumpulan sukarelawan yang memberikan bantuan kemanusiaan dari Poland.

"Kami menyimpan bekalan di dalam kenderaan dan pandu merentas sempadan, kemudian kami mengagihkan bekalan itu ke merata pusat, kata Encik Shen. Beliau menambah bahawa salah satu pusat berkenaan terletak di bandar Bucha, Ukraine.

Bandar Bucha itu sudah dikawal oleh tentera Rusia pada awal pencerobohan, lapor AFP.

Ada dakwaan bahawa tentera Rusia melakukan jenayah perang dengan membunuh orang awam di bandar Bucha.

Ukraine turut menuduh Rusia melakukan "pembunuhan beramai-ramai". Kremlin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

"Saya percaya mungkin sekarang anda sudah mendengar situasi di tempat ini," kata Encik Shen, merujuk kepada bandar Bucha.

"Isu ini sekarang dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Saya tidak boleh memberikan komen memandangkan saya bukan pakar dalam isu ini, yang mana tentera Rusia semakin bermaharajalela (putrefaction) di bandar ini."

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan