Skip to main content

Dunia

Ix Shen dan isteri selamat tiba di bandar barat Ukraine, Lviv

Anggaran Waktu Membaca:
Ix Shen dan isteri selamat tiba di bandar barat Ukraine, Lviv

Tangkap layar video rakaman di Instagram Encik Shen. Gambar: Instagram/@ix_shen

Diterbitkan : 11 Mar 2022 11:49AM Dikemas Kini : 11 Mar 2022 02:50PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura, Ix Shen sudah sampai di bandar barat Ukraine, Lviv, selepas beliau dan isterinya, Natalia, meninggalkan ibu kota Kyiv menyusuli serangan berterusan Rusia ke atas Ukraine.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik hari ini (11 Mac), bekas pelakon itu mendedahkan bahawa beliau "selamat dan dalam keadaan baik" selepas tiba di bandar Lviv yang berhampiran dengan sempadan Poland.

"Sebab kami ke sini adalah kerana, pemilik kereta yang kami pandu tinggal di bandar, jadi kami menjadi pemandu valet untuk beliau," kata Ix Shen.

Encik Shen dan isterinya berpangkalan di Kyiv sejak empat bulan lalu. Beliau sudah menyampaikan perkembangan terkini secara kerap kepada Mediacorp mengenai situasi di Kyiv.

BACA: Warga S'pura Ix Shen dan isterinya putuskan untuk tinggalkan Kyiv

"Saya bersyukur kerana saya boleh tidur dengan lena tanpa ada bunyi letupan dan semboyan amaran serangan udara, tetapi pada masa yang sama, saya rasa bersalah kerana meminum kopi cappucino sambil berjalan di taman," tambah Encik Shen.

Beliau menambah bahawa ada juga serangan udara di Lviv dan kemasukan orang ramai ke bandar itu memberi tekanan kepada bandar Lviv.

"Dengan itu, kami masih mempertimbangkan semua pilihan kami, tetapi jangan risau, kami semua selamat dan dalam keadaan yang baik," kata beliau.

Pada Isnin (7 Mac), datuk bandar Lviv mengumumkan bahawa bandar Lviv sudah mencapai had keupayaan untuk membantu rakyat Ukraine yang terjejas oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Menurut Reuters, kira-kira 200,000 pelarian kini tinggal di Lviv dan 50,000 orang menaiki kereta api di stesen kereta api Lviv setiap hari.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita