Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Itali umum Gereja Katolik, Albania dan Ireland setuju terima pendatang asing

Kebuntuan 10 hari berhubung 140 pemohon suaka politik di Itali akhirnya berakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Itali umum Gereja Katolik, Albania dan Ireland setuju terima pendatang asing

Para pendatang asing di Itali. (Gambar: Reuters/Antonio Parrinello)

Diterbitkan : 26 Aug 2018 05:39PM Dikemas Kini : 26 Aug 2018 06:02PM

ITALI: Kebuntuan 10 hari berhubung 140 pemohon suaka politik di Itali akhirnya berakhir selepas Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte mengumumkan beberapa paderi Gereja Katolik, Albania dan Ireland bersetuju untuk menerima para pendatang asing, kebanyakannya dari Eriteria.

Para pelarian yang terkandas di atas kapal di pelabuhan Sicily itu akhirnya dibenarkan turun ke darat dan dialu-alukan kakitangan Palang Merah Itali sebelum dibawa ke pusat pendatang asing di Messina.

Sebelum ini mereka tidak dibenarkan turun kerana pihak berkuasa Itali menegaskan negara-negara Kesatuan Eropah yang lain harus menerima para pendatang asing itu.

Lagi 50 daripada 190 pendatang asing yang diselamatkan di laut pada 16 Ogos lalu oleh polis pengawal pantai Itali itu sudahpun dibenarkan turun ke darat lebih awal lagi.

Beberapa jam sebelum pengumuman tentang kesediaan pihak berkuasa menerima para pendatang itu, beberapa buah ambulans sudahpun menunggu untuk mengejarkan enam pendatang yang disyaki dijangkiti penyakit batuk kering, radang paru-paru dan jangkitan lain.

Sumber : Reuters/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan