Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Itali muncul kawasan panas demam virus 'West Nile'

Anggaran Waktu Membaca:
ROME: Itali muncul sebagai kawasan panas bagi penularan wabak baru virus West Nile di Eropah, apabila angka kematian pada Jumaat (12 Ogos) mencecah 11 orang setakat ini.

Menurut data terbaru dari Pusat Kawalan Penyakit Eropah, sehingga Rabu, sebanyak 188 kes direkodkan di Kesatuan Eropah, 144 daripadanya dilaporkan dari Itali.

Semua kes kematian juga dilaporkan di Itali, lapor Xinhua.

Institut Kesihatan Itali melaporkan pada Jumaat jumlah jangkitan virus itu telah meningkat lebih 50 peratus sepanjang minggu lalu.

Menurut sumber rasmi Itali, kebanyakan kes telah dikesan sejak awal Jun, dengan majoriti kes dilaporkan di kawasan tengah dan utara Itali iaitu Emilia Romagna, Veneto, Piedmont, dan Lombardy.

Veneto, yang melaporkan lebih separuh daripada jumlah kes di Itali dan enam daripada 11 kematian, adalah kelompok terbesar di negara itu.

Wilayah Lombardy, bandar Brescia, timur Milan melaporkan kematian terbaru akibat virus itu pada Jumaat.

Demam West Nile, penyakit yang disebabkan oleh virus bawaan nyamuk, pertama kali dikenal pasti pada 1937.

Virus itu muncul sekali-sekala dalam tempoh beberapa dekad, tetapi angka kes yang tinggi tidak pernah berlaku sebelum ini.

Para saintis membuat spekulasi cuaca panas menggalakkan pembiakkan nyamuk dan merebak ke kawasan baharu.

Menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), simptom demam West Nile yang disebabkan oleh virus, termasuk sakit kepala, demam panas, pengsan, kekeliruan, koma, sawan, lemah otot, dan lumpuh.

Penyakit itu biasanya tidak membawa maut, tetapi boleh terjadi dalam beberapa kes, terutamanya membabitkan warga emas dan golongan rentan.
Sumber : Bernama/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan