Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Itali isytihar darurat susuli lonjakan ketibaan pendatang haram

Kabinet Itali mengumumkan keadaan darurat ke atas imigresen menyusuli lonjakan mendadak dalam pergerakan masuk dan keluar merentasi Mediterranean.

Anggaran Waktu Membaca:
Itali isytihar darurat susuli lonjakan ketibaan pendatang haram

(Gambar: EPA)

Diterbitkan : 12 Apr 2023 08:09AM Dikemas Kini : 12 Apr 2023 12:34PM
ITALI: Kabinet Itali mengisytiharkan keadaan darurat ke atas imigresen menyusuli lonjakan mendadak dalam pergerakan masuk dan keluar merentasi Mediterranean.

Menurut satu kenyataan, ini merupakan satu langkah yang bertujuan untuk menguruskan ketibaan para pendatang haram dan kemudahan untuk menghantar mereka pulang dengan lebih baik.

Kementerian bagi Perlindungan Laut dan Awam menyatakan keadaan darurat itu akan disokong oleh pembiayaan awal 5 juta euro (S$7.2 juta) dan akan dijalankan selama enam bulan.

Menteri Perlindungan Awam Nello Musumeci berkata huraian bagi masalah tersebut hanya boleh bergantung kepada campur tangan yang bertanggungjawab oleh Kesatuan Eropah (EU).

Data kementerian dalam negeri menunjukkan sekitar 31,300 pendatang haram tiba di Itali setakat tahun ini berbanding kira-kira 7,900 sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.

Pada Isnin lalu (10 Apr), pasukan pengawal pantai mengetuai operasi menyelamat membabitkan dua bot yang membawa seramai 1,200 orang.
Sumber : Agensi berita/LL/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan