Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Itali catat lonjakan kes COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

ROME: Itali melaporkan satu lagi penularan wabak COVID-19 dengan kadar jangkitan meningkat melebihi 1.0. 

Demikian menurut Institut Kesihatan Negara (ISS) pada Jumaat (25 Nov). 

Laporan mingguan ISS mendapati kadar jangkitan virus di seluruh negara tersebut melonjak kepada 1.04 dalam tempoh dua minggu dari 2 hingga 15 November. Ia merupakan peningkatan mendadak daripada 0.88 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, lapor Xinhua.

Di samping itu, jumlah keseluruhan kes sebanyak 388 bagi setiap 100,000 penduduk, untuk minggu antara 18 hingga 24 November, meningkat daripada 353 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding seminggu sebelumnya.

Awal minggu ini, sebuah entiti pemantauan sektor kesihatan Yayasan Gimbe melaporkan berlaku peningkatan pada jumlah keseluruhan kemasukan ke hospital dan ke unit rawatan rapi (ICU).

Yayasan itu juga memberi amaran mengenai peningkatan semula jangkitan ketika cuaca sejuk.

Itali tidak lagi menguatkuasakan sekatan kesihatan COVID-19 kecuali di hospital, rumah jagaan dan di beberapa kawasan tertentu.

Pihak berkuasa kesihatan masih memberikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 kepada penduduk yang layak.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan