Itali bakal terima sejumlah pendatang selepas negara-negara anggota EU tawar bantuan
Itali akan membenarkan sejumlah pendatang dari dua kapal untuk berlabuh di Sicily. Mereka merupakan 450 pencari suaka yang diselamatkan daripada sebuah bot yang sarat dengan penumpang.
Perdana Menteri Italy Giuseppe Conte di satu sidang media. (Gambar: Reuters)
MILAN/BERLIN: Itali akan membenarkan sejumlah pendatang dari dua kapal untuk berlabuh di Sicily. Mereka merupakan 450 pencari suaka yang diselamatkan oleh kapal-kapal itu daripada sebuah bot yang sarat dengan penumpang. Menteri Ehwal Dalam Negeri Itali, Matteo Salvini mendedahkan demikian kepada saluran televisyen RaiNews24.
Menteri itu membuat komen tersebut selepas Jerman, Perancis dan Malta berikrar untuk menerima seramai 150 pendatang dari dua buah kapal tersebut. Ikrar berkenaan dibuat selepas Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte, meminta bantuan pada hujung minggu lalu.
Di bawah undang-undang antarabangsa, para pelarian tidak boleh dikembalikan ke tempat di mana nyawa mereka terancam. Kedua-dua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) memutuskan bahawa Libya tidak selamat.
"Saya sedang memantau keadaan kedua-dua buah kapal yang berlayar di perairan Itali...terdapat 16 ibu dan 11 kanak-kanak yang akan turun dari kapal itu dalam beberapa minit, jam selanjutnya...," kata Salvini kepada pihak media.
Jumlah itu tidak termasuk lapan pendatang lain yang mendarat di pulau Lampedusa, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Salvini tidak mengatakan bila baki pendatang akan dibenarkan berlabuh dan bila Berlin, Paris, Valetta, Madrid dan Lisbon akan masing-masing mengambil seramai 50 pendatang seperti yang dijanjikan.
Negara-negara anggota EU yang lain mungkin menyertai mereka selepas Conte mengirimkan surat kepada para ketua negara dan pemerintah meminta mereka sama-sama memikul tanggungjawab terhadap golongan pendatang berkenaan yang berlayar dari Libya.
Malta menolak tekanan dari Rome pada Jumaat lalu untuk menyelamatkan para pendatang itu, tetapi menyatakan pada Sabtu lalu bahawa ia bersedia menerima seramai 50 pencari suaka. Conte dalam satu catata di Facebooknya berkata Perancis akan menerima tambahan 50 orang.
Namun, Republik Czech enggan memenuhi permintaan bantuan dari Itali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.