Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Itali alami kemarau terburuk sejak 1800

Anggaran Waktu Membaca:
Itali alami kemarau terburuk sejak 1800

Salah satu kebun terbesar di Itali yang terletak di Maccarese, berdekatan Rome. (Gambar: Maccarese Spa)

Diterbitkan : 28 Dec 2022 01:39PM Dikemas Kini : 28 Dec 2022 01:39PM

ROME: Itali mengalami kemarau paling teruk sejak tahun 1800 menyusuli cuaca panas melampau dan kekurangan hujan pada tahun ini. 

Demikian menurut Pusat Penyelidikan Kebangsaan Itali pada Selasa (27 Dis). 

Rekod tahun ini berkaitan dengan purata suhu dan bacaan suhu tinggi, manakala suhu rendah dicatatkan pada 2018, kata pakar klimatologi pusat tersebut, Bernardo Gozzini.

Sementara itu, suhu di seluruh negara dijangka meningkat lima hingga enam darjah Celsius melebihi purata pada Malam Tahun Baru, lapor Agensi Anadolu.

Musim kemarau menyebabkan kerugian €6 bilion (S$8.6 bilion), terutamanya dalam sektor pertanian, menurut Coldirett iaitu pertubuhan petani terbesar di peringkat Eropah dan dianggotai 1.5 juta ahli.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa