AS isytiharkan Myanmar memang lakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya
Satu lagi tamparan bagi Myanmar apabila Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan ketetapan yang mengisytiharkan kempen ketenteraan terhadap golongan minoriti Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai.
WASHINGTON: Satu lagi tamparan bagi Myanmar apabila Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan ketetapan yang mengisytiharkan kempen ketenteraan terhadap golongan minoriti Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Jabatan Negara Amerika sebelum ini enggan menggunakan istilah "pembunuhan beramai-ramai."
Ketetapan baru yang diluluskan dijangka memberi isyarat kuat kepada pemerintah Myanmar serta Presiden Donald Trump tentang pendirian Kongres mengenai isu Rohingya.
Ketetapan diluluskan hampir sebulat suara, dengan hanya satu menentang. Ketetapan itu juga menggesa supaya dibebaskan dua wartawan Reuters yang ditahan di negara itu.
Wa Lone dan Kyaw Soe Oo diberkas oleh pihak berkuasa Mynamar kerana didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi Myanmar. Mereka dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun.
Penangkapan dua wartawan itu membangkitkan rasa bimbang di Amerika Syarikat dan Eropah serta kalangan pejuang hak-hak asasi manusia mengenai kebebasan bersuara dan demokrasi di Myanmar.
Pada Ogos lalu, para penyiasat PBB mengesahkan bahawa tentera Myanmar menjalankan pembunuhan beramai-ramai Muslim Rohingya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.