Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS isytihar cacar monyet kecemasan kesihatan awam

Anggaran Waktu Membaca:
AS isytihar cacar monyet kecemasan kesihatan awam

(Gambar: Mario Tama/Getty Images via AFP)

Diterbitkan : 05 Aug 2022 08:52AM Dikemas Kini : 05 Aug 2022 08:52AM

REUTERS: Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam, umum setiausaha kesihatan negara itu pada Khamis (4 Ogos). 

Jumlah kes jangkitan yang dilaporkan di AS menjangkaui 6,600 pada Rabu (3 Ogos), dengan hampir kesemuanya melibatkan lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama jenis. 

Ketua Penasihat Perubatan Presiden Joe Biden, Anthony Fauci, memberitahu Reuters bahawa penularan kes di luar kumpulan itu tidak tinggi, tetapi tetap dipantau dengan teliti. 

"Namun, anda harus memandang serius terhadap perkara sebegini dan bersikap terbuka kerana anda akan melihat lebih banyak kes sebegitu. 

"Anda tidak mahu mencetuskan panik dalam kalangan penduduk kerana kita tidak perlu terlalu bimbang buat masa ini tetapi pada masa yang sama, anda harus berjaga-jaga dan mengikuti perkembangannya dengan teliti." 

Kes pertama cacar monyet di AS dilaporkan di Massachusetts pada Mei, diikuti dengan satu lagi kes di California lima hari kemudian. 

Perisytiharan darurat sudahpun diumumkan di California, Illinois dan New York.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada bulan lalu mengisytiharkan cacar monyet sebagai "darurat kesihatan sejagat yang berpotensi mencetuskan kebimbangan peringkat antarabangsa", iaitu amaran tahap tertingginya. 

Pemerintah AS sudah mengagihkan 156,000 dos vaksin cacar monyet di seluruh negara sepanjang pertengahan Mei dan sudah membuat tempahan bagi mendapatkan lagi 2.5 juta dos. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa