Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isyarat TikTok selamatkan nyawa remaja perempuan berusia 16 tahun

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun berjaya diselamatkan di Kentucky, Amerika Syarikat setelah memberi isyarat kepada para pemandu bahawa dia sedang dalam keadaan yang membahayakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Isyarat TikTok selamatkan nyawa remaja perempuan berusia 16 tahun

(Gambar: Twitter/ Halton Police)

Diterbitkan : 09 Nov 2021 09:41PM Dikemas Kini : 09 Nov 2021 09:47PM

KENTUCKY: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun berjaya diselamatkan di Kentucky, Amerika Syarikat setelah memberi isyarat kepada para pemandu bahawa dia sedang dalam keadaan yang membahayakan.

Isyarat menghadap tapak tangan ke luar dan menutup jari di sekeliling ibu jari yang terselit digunakan oleh para pengguna TikTok dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan untuk mengaut keuntungan sebagai satu cara untuk seseorang individu yang dianiaya memberitahu orang lain bahawa mereka dalam bahaya tanpa disedari oleh pendera atau penganiaya mereka.

Itulah yang cuba dilakukan oleh remaja tersebut, menurut Pejabat Syerif Laurel County pada Isnin (8 Nov).

Pada Khamis lalu, gadis itu berada di tempat duduk penumpang hadapan dan melakukan isyarat tersebut dari dalam kereta tersebut, menurut jurucakap Pejabat Syerif Laurel County.

Seorang pemandu yang mengenali isyarat itu menghubungi talian kecemasan 911, yang kemudian mengerahkan para pegawai penguat kuasa undang-undang untuk memintas kenderaan tersebut.

"Isyarat tangan itulah yang menyelamatkan nyawanya. Sekiranya ia tidak dilakukan oleh remaja perempuan itu, sekiranya tiada seorang pun di luar sana yang memahami apa yang dimaksudkannya, entah apa yang akan berlaku padanya? Kesudahannya mungkin berbeza," menurut Timbalan Syerif Gilbert Acciardo.

"Kami berpendapat para pemandu dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh negara perlu sedar tentang perkara ini dan mengetahui makna di sebalik isyarat itu, dan saya fikir ia agak berguna pada masa akan datang," tambah beliau.

James Herbert Brick, 61 tahun, berjaya diberkas dan didakwa dengan tuduhan menahan secara paksa dan memiliki bahan lucah budak bawah umur, kata Encik Acciardo. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) turut terlibat dan tuduhan tambahan mungkin akan dikenakan terhadapnya.

Mangsa dibawa ke hospital dan ditemukan semula dengan keluarganya yang menetap di Asheville, Carolina Utara. 

Sumber : Reuters/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan