Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isyarat radio misteri dari angkasa? Ahli astronomi tidak pasti sumbernya

Satu isyarat radio misteri dikesan oleh sebuah teleskop di Kanada baru-baru ini dan ia merupakan frekuensi paling rendah yang pernah dikesan sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Isyarat radio misteri dari angkasa? Ahli astronomi tidak pasti sumbernya

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 26 Aug 2018 10:24PM Dikemas Kini : 26 Aug 2018 10:31PM

AMERIKA SYARIKAT: Satu isyarat radio misteri dikesan oleh sebuah teleskop di Kanada baru-baru ini dan ia merupakan frekuensi paling rendah yang pernah dikesan sejauh ini.

Perincian mengenai isyarat berkenaan dimuat naik ke laman The Astronomer's Telegram. Menurut USA Today, ia merupakan sebuah laman di mana ahli astronomi yang bertauliah boleh mengongsi pemerhatian masing-masing.

Satu pemerhatian yang dimuat naik oleh Patrick Boyle dari Universiti McGill di Kanada mendapati bahawa sebuah teleskop radio - yang diberi nama Eksperimen Pemetaan Kepadatan Hidrogen Kanada atau "Canadian Hydrogen Intensity Mapping Experiment" (CHIME) - mengesan gelombang radio kecil (FRB) menjangkaui Bima Sakti.

USA Today difahamkan bahawa FRB itu dikesan pada frekuensi serendah 580 megahertz, iaitu frekuensi paling rendah yang pernah dikesan setakat ini.

USA Today menukil Science Alert sebagai melaporkan bahawa pengesanan itu masih belum disahkan secara bebas, sambil menarik perhatian mengenai kes penyelidik Australia, yang mengesan isyarat radio pada 1988, tetapi mendapati 17 tahun kemudian bahawa ia sebenarnya adalah dari gelombang mikro.

Sementara itu, seorang lagi ahli astronomi mengemukakan pemerhatiannya kepada Telegram, dengan mendakwa bahawa beliau pernah mengesan sebuah bintang yang sungguh terang sebelum ini. Ia kemudian dikenal pasti sebagai Marikh.

FRB dikesan buat pertama kalinya pada 2007, namun asal-usulnya masih belum diketahui lagi. Awal tahun ini, ahli astronomi mendakwa bahawa mereka hampir menentukan sumber-sumber FRB. Bagaimanapun, mereka juga berkata terdapat kemungkinan bahawa isyarat itu berasal dari sebuah tamadun mahkluk asing.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan