Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu Timbalan Perdana Menteri M'sia jika BN menang diputuskan selepas PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai wakil parti mana yang akan dijadikan calon timbalan perdana menteri (TPM) sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Malaysia dan menjadi dominan, hanya akan diputuskan selepas PRU nanti, kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri sementara Malaysia itu berkata setakat ini perkara paling penting diberi tumpuan adalah untuk BN memenangi PRU15 terlebih dahulu.

“Tak tahu lagi, biar kita (BN) menang pilihan raya dulu, kalau perkara ini (jawatan TPM) dalam manifesto, kalaulah perkara ini dalam manifesto kita, tentu sahaja kita akan pastikan ia dilaksanakan.

“Bagaimanapun kita tunggu lepas kita menang dulu, lepas itu kita bincanglah, sebab tentu sahaja kalau kita teruskan dengan cadangan kita ini, manifesto kita ini, kita akan dapatkan nama… kalau wakil Sabah, Sabah lah yang akan beri nama, kalau wakil daripada Sarawak, kerajaan Sarawak yang akan memberi nama kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Program Ekspresi@Finas di Kuala Lumpur pada Isnin (24 Okt).

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya sudah terdapat calon daripada Sabah dan Sarawak untuk jawatan TPM.

Ketika ditanya berkaitan kenyataan PAS yang mengatakan tiga jawatan TPM itu bukan satu keperluan kerana ia cuma janji terdesak untuk meraih undi, Encik Ismail Sabri secara ringkas berkata: “Itu pandangan daripada PAS lah, biarlah PAS dengan pandangan dia, kita dengan pandangan kita.”

Semalam (23 Okt), Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesyorkan agar tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung, diwujudkan jika BN menang dominan pada PRU15.

Encik Ahmad Zahid mengesyorkan supaya cadangan jawatan kedua tertinggi kerajaan itu dimasukkan dalam manifesto BN.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan