Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu siakap Langkawi 'harga kayangan' dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Malaysia akan rujuk kes restoran terapung di Langkawi yang dlilaporkan mengenakan harga RM1,200 bagi seekor ikan siakap ke Timbalan Pendakwa Raya untuk sebarang tindakan lanjut.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu siakap Langkawi 'harga kayangan' dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya

Timbalan Menteri KPDNHEP, Rosol Wahid (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Nov 2021 06:33PM Dikemas Kini : 21 Nov 2021 06:38PM

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Malaysia akan merujuk kertas siasatan kes pemilik restoran terapung di Langkawi yang didakwa mengenakan caj terlampau iaitu RM1,196.80 (S$389) bagi seekor ikan siakap seberat 7.48 kilogram, kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Timbalan Menterinya, Rosol Wahid berkata kertas siasatan di bawah Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dibuka kerana peniaga berkenaan gagal menyenggara dan menyimpan dokumen wajar dalam pengendalian  perniagaan.

“Jika sabit kesalahan peniaga boleh dikenakan denda RM100,000 (S$32,542) bagi kesalahan pertama dan RM250,000 (S$81,354) bagi kesalahan kedua dan seterusnya,’ katanya.

Bagaimanapun, disebabkan ketiadaan dokumen lengkap seperti kos operasi dan kos-kos lain daripada peniaga tersebut menyebabkan siasatan di bawah kesalahan pencatutan mengikut Seksyen 21 (AKHAP) tidak dapat dijalankan,” katanya selepas melawat tanaman fertigasi tembikai wangi atau rock melon di Kampung Peradong, Kuala Terengganu hari ini (21 Nov).

Turut hadir, Pengarah Pertanian Terengganu, Zulkepli Amin Mat Jusoh @ Yusof.

Susulan isu “siakap harga kayangan” itu, Encik Rosol berkata KPDNHEP melancarkan Ops Menu di seluruh negara bermula 6 Nov lepas sehingga semalam, dengan 21 kes diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM6,400 (S$2,803).

Menurutnya daripada 21 kes itu, 10 kes melibatkan kesalahan di bawah AKHAP 2011 manakala 11 lagi berkaitan Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972.

"Pegawai dan anggota terlibat telah melakukan pemeriksaan di 2,800 premis termasuk kedai makan dan restoran di seluruh negara bermula 6 Nov lepas dan akan diteruskan sehingga 31 Dis ini.

Kes tertinggi dikesan ialah di Sabah dengan sembilan kes, Johor (tiga), Pulau Pinang (dua), manakala  Perak, Terengganu, Kelantan, Perlis, Pahang, Selangor dan Sarawak masing-masing satu kes," katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan