Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu pusat sembelihan Australia tidak jejas bekalan daging Aidiladha di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Isu pusat sembelihan Australia tidak jejas bekalan daging Aidiladha di M'sia

Seorang lelaki mempersiapkan seekor lembu untuk disembelih semasa sambutan Aidiladha di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam. (Gambar: MANAN VATSYAYANA / AFP)

JOHOR BAHRU: Isu penggantungan kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia tidak akan menjejaskan bekalan daging lembu khususnya untuk sambutan Aidiladha.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata ia kerana permintaan tinggi bagi aktiviti korban sempena perayaan itu adalah khusus terhadap lembu hidup.

“Masalah (terjejas) bekalan tidak timbul kerana selalunya kalau (daging) permintaan tinggi pada musim perayaan Aidilfitri, (manakala) Aidiladha orang tunggu lembu hidup.

“Jadi insya-Allah tidak ada isu dan (bekalan daging terjejas) pun ditampung oleh tempat lain,” kata beliau kepada pemberita pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2022 di Johor baru pada 16 Jun.

Beliau diminta mengulas mengenai sama ada penggantungan kelulusan loji sembelihan itu akan menjejaskan bekalan daging ketika Aidiladha atau sebaliknya.

Mengenai status penggantungan itu, Encik Idris berkata perkara itu masih dalam proses siasatan.

Pada 14 Mei lepas, dilaporkan bahawa kelulusan penyembelihan yang diberikan kepada syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, Thomas Foods International Lobethal digantung serta-merta sehingga suatu hasil siasatan menyeluruh diperoleh.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd Yusoff dipetik sebagai berkata keputusan itu dibuat hasil sidang khas antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jakim dengan pihak berkuasa Australia iaitu ‘Department of Agriculture, Water and the Environment’ (DAWE) pada 13 Mei lepas.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan