Isu keselamatan punca kantin M'sia Hall London ditutup kepada warga asing
Penutupan kantin Malaysia Hall di London kepada warga asing adalah atas faktor keselamatan, kata Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah.
Kantin Malaysia Hall di London ditutup kepada warga asing atas faktor keselamatan. (Gambar: International Food Whisperers/Facebook)
KUANTAN: Penutupan kantin Malaysia Hall di London kepada warga asing adalah atas faktor keselamatan, kata Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah.
Encik Saifuddin menambah beberapa insiden kecurian termasuk kecurian pasport dilaporkan sering berlaku di situ, menyebabkan tindakan tersebut perlu dilakukan.
"Bagaimanapun keputusan ini tidak menganggu atau melibatkan rakyat Malaysia kerana mereka hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan untuk masuk (ke kantin Malaysia Hall)... tidak ada masalah untuk mereka.
"Jika mereka datang dengan rakyat asing, perkara itu mungkin boleh dipertimbangkan atas budi bicara," katanya.
Encik Saifuddin berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media mengenai penutupan kantin Malaysia Hall kepada warga asing dan pemeriksaan keselamatan lebih ketat kepada rakyat Malaysia yang ingin menikmati juadah di situ.
Encik Saifuddin juga menyifatkan kantin Malaysia Hall yang beroperasi di Queensborough Terrace, London sebagai perkara yang unik kerana ia merupakan satu-satunya kedutaan yang membuka kantinnya kepada pengunjung luar yang ingin menikmati juadah tempatan pada harga subsidi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.