Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu kartel daging haram di Johor: Syarikat guna logo halal palsu pada kenderaan akan didakwa esok

Sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku yang dipercayai berkaitan dengan kartel daging haram di Johor akan didakwa di mahkamah pada Rabu (30 Dis) kerana menggunakan logo halal palsu pada kenderaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Rosol Wahid.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu kartel daging haram di Johor: Syarikat guna logo halal palsu pada kenderaan akan didakwa esok

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 29 Dec 2020 10:11PM Dikemas Kini : 29 Dec 2020 10:14PM

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku yang dipercayai berkaitan dengan kartel daging haram di Johor akan didakwa di mahkamah pada Rabu (30 Dis) kerana menggunakan logo halal palsu pada kenderaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Rosol Wahid.

Menurut beliau, tindakan itu sekali gus menafikan dakwaan sebelum ini bahawa kerajaan cuba melindungi pihak dan syarikat yang terlibat, dalam perkara yang menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Bukan kita tidak mahu mendedahkan syarikat yang terlibat, namun masalahnya perkara ini dilakukan oleh sebuah syarikat pengumpul daging, yang kemudiannya menggunakan logo syarikat lain (mangsa) yang terkenal dan mempunyai permintaan tinggi untuk memasarkan produk itu.

“Kalau kita mendedahkan nama syarikat yang jadi mangsa itu, ia akan mencalarkan imej syarikat berkenaan sedangkan itu bukan salah mereka,” katanya pada sesi penggulungan usul kartel daging haram yang dikemukakan oleh Senator Asmak Husin.

Lebih sembilan orang Senator mengambil bahagian dalam sesi perbahasan isu itu, selepas Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim membenarkan usul itu dibahaskan mengikut Peraturan 17 (1).

Encik Rosol menjelaskan kerajaan tidak pernah memandang remeh berkenaan isu itu dan melakukan beberapa tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Pada masa yang sama, beliau turut menafikan laporan yang mengatakan bahawa aktiviti kartel daging haram itu berlaku hampir 40 tahun.

 “Tidak benar perkara ini telah berlaku hampir 40 tahun, sebab siasatan kementerian mendapati, syarikat terlibat baharu mendaftar pada 2014 dan memperoleh lesen untuk mengimport produk sejuk beku pada 2017.

“Pada masa yang sama ujian Jabatan Kimia terhadap sampel daging beku yang diambil daripada gudang simpanan itu mengesahkan, ia bukan daging kuda, kangaroo serta babi, dan ini memberikan kelegaan kepada kita,” katanya.

Untuk mengelak perkara yang sama berlaku pada hadapan, Encik Rosol memaklumkan kementerian telah menubuhkan sebuah jawatankuasa perundangan dan penguatkuasa halal, bagi menyelaras tindakan dan isu penguatkuasaan halal dalam negara.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan