Isu calon 'pengkhianat' dalam PRU15 - Adakah mereka akan dihukum pengundi?
Anggaran Waktu Membaca:
SELANGOR: Selama berdekad lamanya, sistem politik Malaysia menyaksikan ahli-ahli politik "melompat parti" - iaitu menyertai parti lawan.
Namun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 Nov ini, undang-undang antilompat parti sudah dikuatkuasakan.
Persoalannya sekarang, adakah mereka yang berpaling tadah pada 2018 akan dihukum rakyat dalam PRU15?
Golongan "pengkhianat" - perkataan yang kerap digunakan ahli politik Malaysia kebelakangan ini diberikan sejak Langkah Sheraton dua tahun lalu.
Sentimen itu juga dipermainkan kedua-dua pihak sejak berbulan sebelum ini meski tempoh berkempen secara rasmi PRU15 belum bermula lagi.
"Khianat mandat rakyat. Tikam kawan kamu sendiri. Kamu menggalakkan budaya lompat," kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli.
'KITA BUKAN PENGKHIANAT, KITA PENYELAMAT'
Dalam satu acara Perikatan Nasional sebelum ini, mantan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin membidas tomahan diluahkan pihak lawan.
"Kita bukan pengkhianat, kita penyelamat negara ini. Betul. Kami adalah penyelamat negara tercinta ini," tegas beliau.
Pada PRU15, perhatian tertumpu kepada mantan Menteri Ehwal Ekonomi Azmin Ali yang dilihat sebagai dalang utama Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Beliau bertanding bagi kerusi parlimen Gombak dan berkata tidak menyesal menukar parti.
Katanya: "Dasar-dasar mereka dasar yang dendam kesumat kepada rakyat. Dasar yang tidak peduli masalah rakyat apatah lagi di kampung, desa dan luar bandar.
"Kalau kami duduk dan kekal dalam Pakatan Harapan, itulah pengkhianat kepada rakyat dan umat sebenarnya."
Beliau akan bersaing dengan Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari yang bertekad untuk merampas semula Gombak bagi PH.
"Azmin dan rakan-rakan perlu menerima rakyat Malaysia benar-benar terkesan dengan ketidakstabilan diwujudkan dan dimulakan mereka, menukar PM, keadaan darurat, Pilihan Raya Umum tergesa-gesa," ujar beliau.
APA KATA RAKYAT?
Hakikatnya, kebanyakan golongan dilabel "pengkhianat" juga memegang jawatan menteri di bawah kerajaan lalu.
Mereka ingin mendapat mandat baru daripada rakyat meski berisiko dihukum warga Malaysia dalam PRU15.
"Kalau tak ada kita, mereka tak naik. Jadi apabila mereka naik, adakah mereka ingat jasa kita?" kata seorang penduduk Selangor.
Seorang lagi penduduk berkata:"Pendirian tidak tetap. Andai kata ada satu benda yang terjadi di Malaysia, macam mana orang-orang macam ini? Pasti mereka jalan dulu.
Namun dengan persaingan pelbagai penjuru di hampir semua kerusi dalam PRU15, ia mungkin menghasilkan keputusan yang paling bercampur-campur dalam sejarah Malaysia.
Mentelah lagi, para pengamat berkata para pengundi mungkin memilih berdasarkan kemampuan calon dan bukan kaitan parti.

Sumber : Agensi berita/RU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.