Skip to main content

Dunia

Isu arak 'Timah': Syarikat digesa segera tukar jenama dan gambar digunakan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad bersetuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor supaya sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan segera menukar jenama ‘Timah’ berserta gambar yang digunakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu arak 'Timah': Syarikat digesa segera tukar jenama dan gambar digunakan

(Gambar: laman Timah Whiskey)

Diterbitkan : 19 Oct 2021 05:02PM Dikemas Kini : 19 Oct 2021 05:04PM

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad bersetuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor supaya sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan segera menukar jenama ‘Timah’ berserta gambar yang digunakan.

Idris berkata perkara sebegitu yang bersifat provokasi, selain penggunaan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama tidak sepatutnya berlaku di negara itu.

“Soal arak ini untuk orang bukan Islam bagi agama dia nak minum itu soal dia tetapi bagi orang Islam, merupakan satu perkara (arak) yang tidak boleh kita minum.

“Apa maksud dia letak nama itu? Adakah untuk wujud normalisasi baharu, yang ini kita bimbang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 2021 hari ini (19 Okt).

Pada Isnin (18 Okt), Wan Salim menerusi satu kenyataan berkata pihaknya amat kesal dengan sebuah iklan tular di media sosial beberapa hari lalu, yang menyatakan sejenis wiski buatan Malaysia diberi nama 'Timah' berserta paparan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah pada botol minuman tersebut.

Selain itu, Idris berkata beliau akan berbincang dengan pihak berkenaan antaranya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung isu tersebut.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita