Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia jadi tumpuan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Singgahsana Istana Negara pada Sabtu (20 Jul) menjadi tumpuan rakyat Malaysia bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sultan Ibrahim yang melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu, akan ditabalkan dalam istiadat penuh tradisi kesultanan Melayu pada Sabtu.

Pastinya, rakyat Malaysia teruja untuk menyaksikan kemeriahan istiadat tersebut memandangkan ia hanya diadakan setiap lima tahun di Istana Negara.
Ini kerana perlantikan Yang di-Pertuan Agong diadakan secara bergilir-gilir melibatkan raja-raja di sembilan negeri Melayu seiring dengan sistem Raja Berperlembagaan.
Peristiwa bersejarah pada Sabtu menyaksikan penglibatan 377 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada cabang darat, laut dan udara yang memainkan peranan penting daripada sekecil-kecil tugasan sebagai pembuka pintu kenderaan diraja sehinggalah membentuk Kawalan Kehormatan Utama untuk mempersembahkan Hormat Diraja, lapor Astro Awani.
Di samping itu, sebanyak 14 jalan di sekitar ibu kota ditutup secara berperingkat bermula jam 8.00 pagi untuk acara Istiadat Pertabalan dan jam 8.00 malam bagi Majlis Santapan Diraja.
Penutupan jalan secara sementara ini bagi memberi laluan kepada tetamu-tetamu Diraja melalui laluan tersebut dan sampai mengikut masa yang telah ditetapkan dan akan dibuka semula selepas melalui laluan berkenaan, dipetik daripada Astro Awani.
Khutbah Jumaat khas sempena istiadat pertabalan bertajuk 'Raja Ditaati, Negara Dirahmati' menyebut istiadat Pertabalan hari ini cukup penting kerana selain menjadi lambang sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia, istiadat itu juga menjulang tinggi darjat Seri Paduka Baginda sebagai payung negara.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.