Skip to main content

Dunia

Istiadat perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja

Anggaran Waktu Membaca:
Istiadat perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja

Gambar: TehFirdaus/Instagram

Diterbitkan : 07 Jan 2024 11:33PM
KUALA LUMPUR: Sudah tentu ramai yang tidak sabar menantikan perkahwinan diraja pertama pada tahun ini melibatkan 'putera pujaan ramai' Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah Adam.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja yang sama tampan dan jelita itu, berlangsung selama 10 hari dengan Istiadat Bersuruh Diraja diadakan pada Ahad (7 Jan), lapor Astro Awani.

Memetik portal berita RTB Brunei istiadat berkenaan berlangsung pada jam 2.15 petang pada Ahad.

Sementara itu, semakan Astro Awani di laman media sosial, dipercayai dikendalikan oleh kelab peminat pasangan diraja itu, beberapa kemas kini turut dikongsi termasuk suasana Istiadat Bersuruh Diraja.

Difahamkan pada 3 Januari lalu, satu majlis khatam al-Quran untuk Dayang Anisha telah diadakan, dengan bakal isteri Putera Mateen itu menggayakan baju kurung fabrik tenun tradisi Brunei yang dihasilkan pereka fesyen terkenal, Teh Firdaus, dipetik daripada Astro Awani.
Acara puncak istiadat perkahwinan selama 10 hari itu merupakan Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Pasangan diraja itu kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala majlis resepsi akan diadakan pada 15 Januari.

Putera Mateen, 33 tahun, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Dayang Anisha pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita