Istiadat angkat sumpah jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor ditangguh ke 18 Jul
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
- Istiadat mengangkat sumpah EXCO Johor yang dijadualkan di Istana Bukit Serene pada 17 Julai ditangguhkan ke 18 Julai tanpa alasan dinyatakan.
- Majlis itu akan diadakan di hadapan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan dihadiri Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi serta pegawai utama negeri.
- Penangguhan dimaklumkan kepada media pada pagi hari majlis sepatutnya berlangsung, namun sebabnya tidak dijelaskan dalam notis rasmi.
- Latar belakang menunjukkan BN memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN dalam PRN Johor ke-16, membolehkan pembentukan kerajaan negeri baharu.
JOHOR BAHRU: Istiadat mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang dijadual berlangsung di Istana Bukit Serene hari ini (17 Jul) ditangguhkan ke esok (18 Jul).
Perkara itu dimaklumkan kepada petugas media pagi ini yang memaklumkan majlis berkenaan akan diadakan pada Sabtu (18 Jul), waktu yang sama.
Bagaimanapun, tiada alasan penangguhan majlis berkenaan dinyatakan dalam notis itu.
Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah jawatan berkenaan dijadualkan berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail hari ini.
Majlis istiadat itu dijadualkan turut dihadiri Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dr Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Mohammed Ridha Abd Kadir.
Ahad lalu, Encik Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua berturut-turut, selepas Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
PRN Johor yang berlangsung Sabtu lalu, menyaksikan BN memenangi 48 daripada 56 kerusi DUN, sekali gus diberi mandat membentuk kerajaan negeri bagi penggal baharu.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.