Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isteri Putera Mahkota Arab Saudi Puteri Sara lancar inisiatif baru sains dan teknologi

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri Putera Mahkota Arab Saudi Puteri Sara lancar inisiatif baru sains dan teknologi

Gambar: Agensi Media Saudi (SPA)

RIYADH: Sebuah pusat sains dan teknologi yang dinamakan "ilmi" akan dilancarkan di Arab Saudi. Ia bertujuan mengalakkan sikap ingin tahu terhadap sains dalam kalangan belia di negara tersebut serta memperkasa kemahiran mereka.

Demikian menurut Agensi Media Saudi (SPA) pada Sabtu (27 Mei).

Pusat tersebut, hasil cetusan idea Puteri Sara bint Mashhour bin Abdulaziz Al-Saud, akan memberi peluang kepada belia untuk terdedah kepada dan mendekati subjek-subjek STREAM seperti sains, teknologi, membaca, kejuruteraan, seni dan matematik.

"ilmi akan menjadi penyuluh kreativiti, pembelajaran dan ketercapaian," ujar Puteri Sara, isteri kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman, seperti dipetik oleh SPA.

Pusat baru tersebut, yang namanya diterjemahkan kepada "ilmu saya" dalam bahasa Arab, akan menjadi Pusat Penerokaan Sains dan Inovasi yang boleh diakses sepenuhnya.

Pusat ilmi tersebut terletak di Bandar Bukan Untung Mohammed bin Salman di Riyadh dan dijangka dibuka pada tahun 2025. Seluas 27,000 meter persegi, pusat tersebut bakal mencerminkan matlamat bandar itu bagi memupuk kreativiti dan kemampanan, menerusi integrasi persekitaran semula jadi dan landskap yang luas, serta untuk memanfaatkan cahaya semula jadi.

Projek tersebut bermatlamat menyuntik inspirasi dan memperkasa anak-anak muda di Arab Saudi untuk meneroka dan mencipta serta menangani cabaran.

SPA menambah bahawa teras ilmi adalah pendekatannya yang unik dalam memberi gambaran yang terperinci dan kualitatif mengenai cara bagaimana anak-anak muda di Arab Saudi mendekati mata pelajaran STREAM.


Pusat tersebut akan menjadi tuan rumah bagi pameran tetap yang dirancang dengan berlandaskan tiga tema teras: Dunia Kita, Diri Kita dan Ciptaan Kita. Di samping itu, ia akan memberi tumpuan kepada isu-isu termasuk angkasa lepas, ekosistem dan kecerdasan buatan (AI), lapor agensi berita Arab News.
 

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan