Isteri mantan PM Malaysia Dr Mahathir Mohamad, Siti Hasmah, meninggal dunia pada usia 100 tahun
Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Isnin (28 Sep).
Dr Siti Hasmah Mohd Ali. (Gambar: BERNAMA)
- Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada pagi Isnin, 28 Sep.
- Berita pemergian beliau disahkan oleh anaknya, Mokhzani Mahathir, ketika dihubungi Bernama, menurut laporan yang turut menyebut beliau berusia 100 tahun.
- Almarhumah meninggalkan tujuh orang anak, menjadikan pemergiannya satu kehilangan besar kepada keluarga beliau.
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan takziah serta mendoakan kekuatan untuk keluarga Almarhumah.
Berita pemergian Dr Siti Hasmah disahkan anaknya Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama.
Almarhumah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh orang anak, lapor Berita Harian Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Dr Siti Hasmah.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pasangan diraja itu mendoakan agar Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.
Mereka turut mendoakan agar seluruh keluarga Almarhumah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.