Skip to main content

Dunia

Isteri, anak mantan menteri kewangan Malaysia Daim Zainuddin bantu siasatan rasuah

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Isteri Daim Zainuddin, Nai’mah Abdul Khalid dan dua anaknya hari ini (10 Jan) hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan mantan Menteri Kewangan dan ahli perniagaan itu.

Cik Nai’mah, Encik Muhammad Amin Zainuddin dan Encik Muhammad Amir Zainuddin tiba di ibu pejabat SPRM itu kira-kira pukul 10.05 pagi bersama dua peguam. 

Cik Nai’mah dalam kenyataan yang diedarkan kepada media sebelum memasuki premis SPRM berkenaan berkata beliau dan anaknya akan memberikan kerjasama kepada SPRM seperti dikehendaki undang-undang.

Pengarah Bahagian Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) SPRM Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi Bernama mengesahkan SPRM perlu mengambil keterangan isteri Encik Daim dan siasatan dibuat mengikut undang-undang berkaitan pencegahan pengubahan wang haram.

SPRM sebelum ini menjelaskan bahawa siasatan terhadap Encik Daim dibuat berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora, dan menurut SPRM kertas siasatan terhadap mantan menteri kewangan itu sudah dibuka pada Februari tahun lepas.

Kertas Pandora adalah pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan dengan menggunakan perkhidmatan luar pesisir atau syarikat berpangkalan di luar negara.

Menurut SPRM, siasatan ke atas Daim dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Pada Disember tahun lepas, Menara Ilham di Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan Encik Daim dilaporkan disita SPRM.
Sumber : Bernama/NK/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita