Istana Versailles dibuka semula selepas amaran kebakaran
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: chateauversailles/Instagram)
PARIS: Istana Versailles dibuka semula selepas amaran kebakaran menyebabkan pengungsian sementara pada petang Selasa (11 Jun), menurut pengumuman daripada tapak pelancongan terkenal Perancis itu di media sosial X, lapor Xinhua.
"Insiden itu berjaya dikawal dengan cepat dan orang ramai dipindahkan sebagai langkah keselamatan. Istana dan taman kini dibuka," menurut Istana Versailles. Namun, ia tidak memberikan butiran lanjut mengenai insiden berkenaan.
Operasi bomba yang "sangat penting" dijalankan di tapak tersebut sejak tengah hari itu, lapor akhbar harian Perancis Le Figaro.
Beberapa video di media sosial menunjukkan asap keluar dari istana itu sementara pengunjung dipindahkan.
Salah satu khazanah negara Perancis, bekas kediaman diraja itu menyambut berjuta-juta pengunjung setiap tahun. Taman di Versailles akan menjadi tempat acara ekuestrian dan pentathlon moden sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.