Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Istana Negara nafi PM Ismail Sabri menghadap Agong

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Istana Negara menafikan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Isnin (3 Okt).

Sumber Istana Negara memberitahu Astro Awani bahawa pihaknya tidak menerima sebarang makluman berhubung sesi sembah menghadap bagi memohon pembubaran Parlimen, seperti yang didakwa.

Sementara itu, memetik laporan Free Malaysia Today, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, turut mengesahkan laporan tersebut adalah palsu.

Tambah Encik Ahmad Fadil lagi, Agong ketika ini masih berada di Singapura.

Sebelum ini, media tempatan memetik penulis blog, Encik Zaharin Mohd Yasin, yang mendakwa Encik Ismail Sabri akan ke Istana Negara bagi menghantar surat meminta pembubaran Parlimen diadakan segera.
Menurut laporan itu lagi, Perdana Menteri, yang juga Naib Presiden UMNO, akan diiringi oleh Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan bagi mewakili Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Pada Jumaat (30 Sep) lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencapai ketetapan bahawa pembubaran Parlimen perlu dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan tahun ini.

Encik Ahmad Maslan berkata berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan