Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Istana bersejarah Okinawa dijilat api

Sebuah istana bersejarah, yang terletak di pulau Okinawa di bahagian selatan Jepun, dijilat api pada awal pagi tadi (31 Okt), dengan kebakaran merebak ke merata kompleks tapak Warisan Dunia itu, menurut pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Istana bersejarah Okinawa dijilat api

Istana Shuri sebahagian kompleks yang didirikan sejak Kerajaan Ryuku dan dipercayai wujud sejak tahun 1400an. (Gambar-Gambar: Jiji Press/STR/AFP)

Diterbitkan : 31 Oct 2019 08:25AM Dikemas Kini : 31 Oct 2019 08:29AM

TOKYO: Sebuah istana bersejarah, yang terletak di pulau Okinawa di bahagian selatan Jepun, dijilat api pada awal pagi tadi (31 Okt), dengan kebakaran merebak ke merata kompleks tapak Warisan Dunia itu, menurut pihak berkuasa.

Istana Shuri adalah sebahagian kompleks yang didirikan sejak Kerajaan Ryuku dan dipercayai sudah wujud sejak tahun 1400an.

Kebakaran itu bermula sebelum pukul 3.00 pagi namun punca kebakaran belum lagi diketahui.

Media tempatan menyatakan bahawa tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden tersebut.

Menurut agensi berita Kyodo, hampir 12 kereta bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan sesetengah laporan yang belum disahkan turut melaporkan bahawa bangunan-bangunan lain di kompleks itu mungkin terbakar.

Sebahagian besar istana itu musnah semasa Perang Dunia Kedua, namun ia dipulihkan dan dibuka semula sebagai sebuah taman negara pada 1992.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan