Skip to main content

Dunia

Israel umum sekatan terhadap rakyat Palestin ke Al-Aqsa sepanjang Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
Israel umum sekatan terhadap rakyat Palestin ke Al-Aqsa sepanjang Ramadan

(Gambar: Hazem Bader/AFP)

Diterbitkan : 21 Mar 2023 06:48PM
ISTANBUL: Israel mengumumkan sekatan terhadap rakyat Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan.

“Wanita dari semua peringkat umur, kanak-kanak lelaki sehingga 12 tahun dan lelaki berusia lebih 55 tahun bagaimanapun akan dibenarkan memasuki Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan tanpa permit,” agensi berita Anadolu memetik penyelaras Aktiviti Pemerintah Wilayah, Mejar Jeneral Ghassan Alyan, berkata dalam satu kenyataan pada Isnin (20 Mac).

Israel akan "mengenakan permit ke atas lelaki berumur 45 hingga 55 tahun," katanya.

Pegawai Israel itu juga berkata "kelulusan keselamatan" diperlukan bagi rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melawat saudara mereka di 48 wilayah, atau warga asing melawat saudara mereka di Tebing Barat.

Di Semenanjung Gaza, Israel mengenakan "kuota terhad" terhadap wanita berumur 50 tahun ke atas dan lelaki berusia 55 tahun ke atas dari Ahad hingga Khamis untuk memasuki Masjid Al-Aqsa, menurut kenyataan itu.

Ketegangan meningkat di seluruh Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini menyusuli serbuan tentera Israel ke atas bandar-bandar Palestin.

Hampir 90 rakyat Palestin dan 14 warga Israel terbunuh dalam serangan berasingan sejak awal tahun ini.
Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita