Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel umum pelonggaran beberapa sekatan di Gaza

Israel pada Jumaat (30 Jul), mengumumkan pihaknya akan melonggarkan beberapa sekatan di Gaza termasuk perluasan zon penangkapan ikan yang dibenarkan, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel umum pelonggaran beberapa sekatan di Gaza

Carikan Gaza. (Gambar: REUTERS/ Ibraheem Abu Mustafa)

Diterbitkan : 31 Jul 2021 03:16PM Dikemas Kini : 31 Jul 2021 03:18PM

GAZA: Israel pada Jumaat (30 Jul), mengumumkan pihaknya akan melonggarkan beberapa sekatan di Gaza termasuk perluasan zon penangkapan ikan yang dibenarkan, lapor agensi berita Xinhua.

Ketua Penyelarasan Aktiviti Pemerintah Ghassan Alian dalam satu kenyataan berkata kemungkinan peralatan dan barangan boleh dibawa masuk ke Gaza pada Ahad (1 Ogos) termasuk bahan untuk projek yang dibiayai oleh masyarakat antarabangsa - antaranya makanan, air, ubat-ubatan dan alat penangkapan ikan.

Menurut kenyataan itu, penduduk Gaza akan dibenarkan melakukan perjalanan ke Jordan melalui Israel dan pihak Israel akan membenarkan kemasukan 29 kenderaan ke Gaza yang ditahan di pelabuhan Israel sejak Mei.

Beliau menambah sekatan itu dilonggarkan selepas membuat penilaian berhubung keadaan keselamatan dengan mendapatkan persetujuan di peringkat politik.

Penyelaras Jawatankuasa Nelayan di Gaza, Zakaria Bakker, memberitahu Xinhua bahawa Israel memaklumkan kepada pihak Palestin, zon penangkapan ikan yang dibenarkan di luar pantai Semenanjung Gaza akan diperluas sehingga 12 batu nautika mulai Jumaat.

Empat hari lalu, Israel melarang zon penangkapan ikan di luar pantai Gaza sebagai tindak balas terhadap pelancaran belon api ke arah Israel pada 25 Julai lalu, yang menyebabkan kebakaran dan kerugian besar.

Israel melaksanakan sekatan ketat di Semenanjung Gaza selepas kumpulan pejuang Hamas mengambil alih kawalan pesisir pada 2007.

Israel memperketat sekatan ketika pertempuran 11 hari dengan kumpulan Hamas yang berakhir pada 21 Mei.

Pertempuran itu menyebabkan lebih 250 rakyat Palestin dan 13 penduduk Israel terkorban.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan