Israel umum keputusan mansuh kerjasama dengan UNRWA
Anggaran Waktu Membaca:
TEL AVIV: Israel menamatkan kerjasamanya dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin di Timur Tengah (UNRWA), umum Duta Israel ke PBB Danny Danon, lapor Sputnik.
"Berikutan undang-undang mengenai UNRWA, kami secara rasmi memaklumkan kepada Presiden Perhimpunan Agung PBB mengenai penamatan kerjasama dengan organisasi itu," kata diplomat berkenaan dalam satu kenyataan.
Seminggu lalu, Parlimen Israel meluluskan dua rang undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di Israel dan menghalang pihak berkuasa Israel daripada berurusan dengan agensi PBB itu, yang merupakan penyedia utama bantuan kepada rakyat Palestin di Carikan Gaza.
Ketua UNRWA Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa langkah itu akan menjejaskan usaha agensi tersebut untuk menyediakan bantuan kepada para pelarian Palestin.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.