Skip to main content

Dunia

Israel, Ukraine bincang ancaman Iran

Israel dan Ukraine mengumumkan pada Rabu (23 Jul) bahawa mereka akan mengadakan perbincangan rasmi bagi menangani apa yang disifatkan sebagai ancaman yang semakin meningkat dari Iran, sekali gus memberikan gambaran hubungan semakin erat antara kedua-dua negara itu di tengah-tengah keprihatinan terhadap keselamatan bersama.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel, Ukraine bincang ancaman Iran

Menteri Luar Israel Gideon Sa'ar (kanan) dan Menteri Luar Ukraine Andrii Sybiha berjabat tangan semasa pertemuan mereka di Kyiv, Ukraine pada 23 Jul 2025. (Gambar: AP)

KYIV: Israel dan Ukraine mengumumkan pada Rabu (23 Jul) bahawa mereka akan mengadakan perbincangan rasmi bagi menangani apa yang disifatkan sebagai ancaman yang semakin meningkat dari Iran, sekali gus memberikan gambaran hubungan semakin erat antara kedua-dua negara itu di tengah-tengah keprihatinan terhadap keselamatan bersama.

Berucap di sidang media bersama di Kyiv, Menteri Luar Ukraine Andriy Sybiga berkata kedua-dua negara memutuskan untuk mengadakan "dialog berasingan berhubung ancaman Iran".

"Kedua-dua negara kami berdepan cabaran keselamatan yang sama," kata Encik Sybiga sambil menyifatkan Iran sebagai "ancaman yang menggugat"kestabilan global.

Israel sejak sekian lama menuduh Iran cuba membangunkan senjata nuklear, dengan tuduhan itu ditolak oleh Tehran.

Sementara itu, Ukraine kerap menjadi sasaran dron-dron rekaan Iran yang digunakan oleh tentera Rusia dalam peperangan dengan Ukraine.

Menteri Luar Israel Gideon Saar, iaitu pegawai Israel paling kanan yang melakukan lawatan ke Ukraine sejak 2023, berkata sebarang langkah untuk mengehadkan akses Tehran kepada senjata dan teknologi akan membantu melindungi Eropah dan Ukraine.

"Saya berterima kasih kepada Presiden (Volodymyr) Zelensky dan pemerintah Ukraine atas pendirian mereka yang Iran tidak seharusnya dibenarkan mempunyai senjata nuklear," katanya lagi.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita