Israel tuduh Hamas 'secara terang-terangan' langgar gencatan senjata
Pemandangan dari udara yang menunjukkan kawasan Menara Al-Maqussi yang musnah akibat pengeboman besar-besaran oleh Israel sejak dua tahun lalu, di barat laut Bandar Gaza pada 15 Oktober 2025. (Gambar fail: AFP)
“Garisan kuning” ialah sempadan tidak rasmi yang memisahkan kawasan penempatan tentera Israel daripada kawasan pergerakan penduduk Palestin di dalam Gaza.
Tiada komen segera diberikan oleh Hamas.
Pemerintah Israel dan Hamas saling tuduh menuduh satu sama lain melanggar gencatan senjata selama tempoh beberapa hari, dengan Israel menyatakan sempadan Rafah yang melintasi antara Gaza dengan Mesir akan terus ditutup hingga notis lanjut.
Tentera Israel menyatakan pada Jumaat (17 Okt) bahawa "beberapa pengganas" melepaskan tembakan ke arah para tentera di kawasan Rafah, namun tiada sebarang kecedeeran dilaporkan.
Tentera Israel kemudian menyatakan ia menyerang satu lagi kumpulan "pengganas" yang menghampiri pasukan tentera di Khan Younis pada hari yang sama.
Tentera itu meneruskan operasi bagi menghapuskan ancaman segera, ia menambah.
Israel dan Hamas juga terlibat dalam pertikaian berhubung pemulangan mayat tebusan yang terbunuh.
Israel menuntut supaya Hamas memenuhi kewajipannya untuk memulangkan mayat kesemua 28 tebusan yang tinggal.
Hamas memulangkan kesemua 20 tebusan yang masih hidup dan 12 mayat tebusan tetapi menyatakan proses itu memerlukan usaha dan peralatan khas untuk menggali keluar mayat tebusan yang tertimbus di bawah runtuhan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.