Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel tolak lebih 140 permohonan PBB untuk masuk utara Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
Israel tolak lebih 140 permohonan PBB untuk masuk utara Gaza

(Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 01 Jan 2025 12:15PM Dikemas Kini : 01 Jan 2025 12:21PM
NEW YORK: Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan pihak berkuasa pendudukan Israel dilaporkan menolak lebih 140 permohonan PBB untuk memasuki utara Carikan Gaza dalam tempoh dua bulan lalu, menurut laporan Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kenyataan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di Wilayah Pendudukan (OCHA), Jonathan Whittall, pada Selasa (31 Dis).

Beliau menjelaskan bahawa tentera pendudukan Israel terus melancarkan serangan udara di kawasan Jabalia dan sekitarnya, yang turut menyasarkan hospital serta petugas kesihatan.

Menurutnya lagi, PBB berusaha mendapatkan akses ke utara Gaza sejak dua bulan lalu, namun permohonan itu ditolak lebih 140 kali oleh pihak berkuasa Israel.

Encik Whittall turut memaklumkan bahawa keluarga Palestin di kawasan Jabalia hidup di bawah kepungan Israel selama lebih dua bulan.

Pegawai PBB itu menegaskan bahawa rakyat Palestin yang dipindahkan secara paksa dari utara Carikan Gaza dari kawasan seperti Jabalia, Beit Hanoun dan Beit Lahia hidup dalam keadaan yang sangat sukar di sekitar Bandar Gaza.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan