'Israel tidak akan lagi wujud' di bawah Harris, kata Trump
Anggaran Waktu Membaca:
PHILADELPHIA: Naib Presiden mewakili Democrat, Kamala Harris dan mantan Presiden dicalonkan Republican Donald Trump bertemu pada Selasa (10 Sep)untuk perdebatan pertama mereka - dan mungkin terakhir - yang disiarkan secara langsung di televisyen (bermula 9.00 pagi waktu Singapura hari ini).
Debat itu disifatkan bepotensi menukar rentak perlumbaan pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 yang dijadualkan 5 November ini.
Encik Trump menuduh saingannya di Rumah Putih Cik Harris tidak berusaha secukupnya untuk mengekalkan sekutu AS, Israel, dengan mengatakan bahawa di bawah presiden Harris, Israel akan "hilang".
"Dia membenci Israel. Jika dia menjadi presiden, saya percaya bahawa Israel tidak akan wujud dalam tempoh dua tahun dari sekarang," kata Encik Trump semasa debat presiden. "Israel tidak akan lagi wujud."
Naib presiden Democrat itu membalas bahawa tuduhan Encik Trump bahawa dia membenci Israel adalah "sama sekali tidak benar," dan beliau telah menyokong negara itu sepanjang hayat dan kerjayanya.
"Perang Israel-Hamas mesti berakhir serta-merta, dan cara ia akan berakhir ialah kami memerlukan perjanjian gencatan senjata, dan kami memerlukan tebusan dibawa keluar," kata Cik Harris.
Pertembungan langsung di ABC News, itu ditonton oleh berpuluh juta pengundi, dan berlangsung sekitar 90 minit.
Kedua-dua calon memasuki Pusat Perlembagaan Kebangsaan di Philadelphia dan berjabat tangan, sesuatu yang mengejutkan hadirin, sebelum menuju ke podium mereka.
Dengan hanya berbaki 56 hari sebelum pilihan raya 5 November, kedua-dua calon menunjukkan sokongan hampir sama dalam kalangan pengundi, sekali gus membuatkan pemilihan kali ini antara pertandingan paling sengit dalam sejarah AS.

Sumber : AGENCIES/NK/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.